Monday, February 15, 2016

Cerita sebagai peringatan..

Sekadar peringatan bersama...

Anak perempuannya itu balik ke kampung. Dengan suami dan anak-anak. Musim buah.

Cucu-cucunya itu pergi ke dusun dengan atuk. Menantu lelakinya itu ikut sekali. Nak kutip buah manggis.

Tinggal si ibu dan anak perempuannya itu di dapur. Bersembang.

"Ingat lagi tak dua tahun lepas, kamu balik kampung nangis-nangis?"

Si ibu buka cerita. Anaknya mengangguk perlahan. Senyum.

"Ingat, mak. Masa tu, saya balik sebab tak tahan perangai suami, keluar sana-sini dengan perempuan lain. Nak kahwin dua masa tu. Sampai saya terabai, anak-anak kecil lagi meragam. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu peritnya waktu tu."

Anaknya nampak lega. Tak lagi bengkak-bengkak mata, susut badan macam dua tahun lepas. Dia sendiri boleh baca riak wajah anak perempuannya itu, bahagia.

Imbas kembali ke detik hitam itu.

"Mak, saya nak bercerai! Tak tahan dah!"

Masa tu masuk tahun keempat perkahwinan. Tiga tahun awal penuh bahagia. Tahun keempat, punah-ranah. Suami balik kerja marah-marah, selalu balik lewat. Akhirnya kantoi ada skandal dengan perempuan lain. Malahan, berlaku serang-menyerang antara bakal isteri kedua dengan isteri yang sah. Baru pecah, siap plan nak nikah di negara jiran.

"Sabar. Ini ujian pertama." Ibunya itu tenang. Kepala anak di ribaannya. Membelai anaknya itu seolah masih anak kecil.

"Bila berlaku macam ni, mak selalu pesan sejak kamu sekolah lagi, lihat ke dalam diri kita sendiri dulu. Cari silap diri dulu."

Anaknya itu menitiskan air mata.

"Satu, kamu periksa balik, bagaimana solat kamu. Sempurna atau lompang? Sejak bernikah, adakah makin syukur hingga rajin solat di awal waktu, rajin bangun solat malam, rajin baca Al-Quran?

Atau bila tenggelam dengan rasa bahagia, semua jadi sebaliknya? Solat lewat, Al-Quran tak baca. Sibuk dengan bahagia. Sibuk nak cerita bahagia. Sibuk nak pergi berjalan-jalan dengan suami, sibuk nak melancong sana-sini kemudian hebohkan di media sosial? Nak kawan-kawan tahu kamu sedang bahagia?"

"Allahumma la taj'al musiibatana fii diinina". Ya Allah, janganlah jadi musibah kami kerana kelalaian kami mengerjakan agama."

Terdiam anaknya itu. Air mata masih bercucuran.

"Kedua, andai kamu jadi lebih baik selepas nikah, adakah kamu lupa erti syukur? Bila tengok suami, dalam hati, "Alhamdulillah." Bila rasa bahagia, "Ya Allah, terima kasih atas kebahagiaan ini." Bila gembira, "Subhanallah Maha Suci Allah, Kau beriku peluang kecap nikmat berkeluarga."

Benda simple. Tapi, manusia sifatnya tamak. Diberi bahagia, dia nak lagi bahagia.

Kamu baca kan Surah al-Alaq ayat 6 dan 7? Allah berfirman yang bermaksud,

"Sesungguhnya memang manusia jenis yang tetap melampaui batas, dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajati."

"Lain syakartum la-aziidannakum". Kamu tahu bila kamu syukur, Allah tambahkan lagi dan lagi nikmat kurnia-Nya.

Anaknya itu bangun. Hadap muka ibunya dengan bekas air mata yang belum reda.

"Tapi, mak. Saya setia. Saya ikut segala apa yang dia nak. Saya dah jadi isteri yang baik! Dia yang jahat, dia yang curang! Bukan salah saya!"

Ibunya senyum.

"Kamu sekarang masih punya suami. Masih tidak bercerai. Dia masih balik ke rumah. Masih dukung anak-anak. Kamu bayangkan suami yang balik rumah, sepak-terajang isteri depan anak-anak? Kamu belum sampai ke tahap itu.

Tiap kali kita susah, bayangkan orang lain lebih azab dugaannya dari kita.

Orang lain ada yang diceraikan suami, ditinggalkan suami tanpa kata. Tergantung bertahun-tahun. Nafkah dan tanggungjawab entah ke mana.

Kamu masih sempat buat persediaan. Seandainya nak bercerai, kamu kena selesaikan tiga benda; satu, kerja. dua, tempat tinggal. ketiga, ketabahan hati. Jangan bercerai seandainya kamu tidak punya kerja. Jangan bercerai seandainya tak ada tempat tinggal untuk berteduh bersama anak-anak. Andai bernikah perlu persediaan, bercerai pun perlu. Jangan bercerai kalau hati tisu. Hati kena kering, hati kena waja."

Allah dah pesan dalam Surah Az-Zumar ayat 10, "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala mereka tidak terkira."

"Minta kepada Allah penuh yakin. Berlindung dengan Dia. Dia yang duga, Dia juga solusi. Dia bagi 'soalan', Dia pasti ada jawapannya. Ini peperiksaan hidup."

"Mak nak bagitahu. Jadilah seperti Saidatina Khadijah r.a. isteri Nabi s.a.w.. Yakin dan hormatnya sebelum nikah lagi. Selepas nikah, bertambah lagi. Percayakan suami di saat tiada yang mempercayai. Bersama dengan Nabi s.a.w. di saat tiada siapa bersamanya. Makan minum pakai semua jaga teliti.

Saidatina Khadijah r.a. perlakukan suaminya bagaikan raja. Buat hingga Nabi s.a.w. kenangnya sampai akhir hayat. Walaupun Nabi s.a.w. beristeri ramai, tapi ulung di hati kenang selalu tetap Khadijah yang satu itu. Tak luput dek waktu. Tak berubah dek perubahan sekeliling.

Kamu balik, bincang elok-elok dengan suami. Uruskan pakai makan dia seperti biasa. Layan dia elok-elok seperti selalunya. Senyum walaupun hati luka. Cukupkan kehendaknya. Bila bersendirian, Tuhan jadi peneman setia. Selebihnya, serahkan padu pada Allah s.w.t. Andai Dia takdirkan bercerai, redha. Andai Dia takdirkan masih ada bahagia, syukur!

Elok macam mana pun perempuan baru tu, buat dia sampai dia tak boleh lupakan kebaikan kamu, kemesraan kamu, kerajinan kamu, baik hatinya kamu. Dia akan nampak, isterinya lebih memahami, lebih bagus, lebih segalanya dari perempuan itu walaupun orang baru datang dengan pakej rupa dan tubuh badan sempurna.

Rupa indah tak boleh goncang tulusnya hati!

"A husband should reflect on how he can give to his wife more than he takes. And she should reflect on how she can give to her husband more than she takes."

"Wasbir 'ala ma 'asoobak!" Sabarlah atas segala apa yang menimpamu. Allah ada, mak ayah masih ada untuk kamu. Andai kami tiada, Allah masih bersama. Tak pernah Allah zalimi tanpa ada sesuatu yang Dia nak bagi."

Ibunya yang bekas guru itu matikan ayat di situ.

***
Itu dialog dua tahun lepas. Anaknya itu balik ke rumah dengan misi baru, ikut apa yang ibunya pesankan. Pada Allah diletak segala pergantungan. Kuasa Tuhan, hati suami yang berbolak-balik, buat u-turn kembali. Kembali dengan lebih kasih. Dengan rasa insaf dan kesal.

"Sekarang, kau percaya, Allah kuasa segalanya?"

Ibu tua itu senyum menampakkan gigi palsunya.

"Yup, saya percaya. Dan saya percaya Malaysia dah ramai rakyat Bangladesh, we need no more. huhu."

Dan mereka berhuhuhu sampai ke senja sambil makan manggis.

cerita oleh: Muhammad Rusydi

Tuesday, November 24, 2015

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum..

          Hai... yeayyyy... cuti sekolah dah bermula... sangat besttttt.. leh rehatkan badan... penat sangat... pagi2 bangun awal... terus gerak pegi keje... balik lak lambat... sejak2 dpt pengetua baru semua berubah... keje di sekolah start 630... kau hadoooo?? hmmm.. memang stress... dulu2 bleh rilex lg.. skang ni xde dah.. masa utk selesaikan keje pun tak cukup... so cuti ni la nk rehat.. next year lagi penat kot... harap2 diberi semangat dan kekuatan utk buat keje dengan berdedikasi... cewahhhh... hehehe... tp yg terkilan ada yg kurang memahami keadaan aku skang... bukan aku minta utk bz camni... tu aku perlu ikut sbb aku makan gaji... mana leh bangkang or buat sesuka hati.. sedeh tauuu... aku sabar je... walaupun sangat penat dengan keadaan ni.. hari-hari terkejar-kejar.. huhu... k la.. nanti sambung lagi.. nak layan cite jap... memori cinta suraya episod 71 yg semalam... hehe.. 

Sunday, October 25, 2015

Si abang pula...

Assalamualaikum...

Yeayyy sabtu dtg lg.. hari tuk bersantai di umah... tak juga.. masih ada keje yg perlu disettlekan... hmmm... alhamdullillah 2 exam papers dah siap buat td.. seb baik dua beradik tu bangun lambat.. sempat la ibu buat.. hehehe.. tinggal agm koperasi dan kertas keje koperasi.. huhhh.. hrp2 cuti 2 hari ni leh siapkan..

Hari ni abang pula yg demam.. actually dr ptg semlm.. cam biasa la.. sumbat ubat tot... mlm mmg panas... pastu ok... ptg td panas balik.. masuk ubat, lap2 sembur2 air pun masih panas..last2amik napkin basahkan pastu balut badan dia.. baru sejuk siket.. suhu 38.4.. risau jd cam adik hari tu.. pas maghrib baru gi klinik.. bukan nak cek sgt pun.. cuma nak ubat je.. cek tu cam biasa la ayat die.. tonsil bengkak.. harap2 demam biasa je n cepat2 sihat.. 





Friday, October 23, 2015

Terowback..

Assalamualaikum..

Saja nak story pasal anak tercayang... last week die demam on off.. bagi ubat b...t..t je.. ingatkan demam biasa je.. tp sampai berhari2.. tambah2 time tido mlm.. mmg panas sgt badan dia.. aku tido pun mmg x lena la.. kejap2 bangun.. kejap bangun.. lap badan die bg sejuk sket.. lau panas sgt mmg masuk ubat la.. cian die.. kena pegi taska juga.. ibu xleh cuti jaga adik... keja ibu sgt susah utk cuti... sory sayang... 😢😢😢 sampai la khamis pun masih ada demam, so bawa la pegi klinik.. tonsil mmg bengkak.. so doc bagi antibiotik dan ubat b..t...t juga..

Ni cerita hari jumaat.. lam kol 11 mlm... die dtg kat aku atas katil.. sebenarnya aku dah tertido.. penat sgt kot.. seb baik terjaga masa die dtg tu.. bagi die baring minum susu.. aku bangun nak pakaikn pampers kat abg die yg dah tido.. nampak la die cam tgh menggigil.. cepat2 aku pakaikn pampers abg.. akua ngkat die ke luar.. takut die gigil sbb sejuk lam bilik.. die lemah je.. masih menggigil.. bibir pun dah nampak kebiruan.. badan pun nampak tompok2 merah.. terus aku ajak husband bawa gi hospital.. takut sgt tgk die mase tu... sebelum pegi bg die ubat lu dan lap2 badan die.. panas juga masa tu... aku pun cepat2 kemas brg takut kena admit.. brg2 adik dan abg n susu...

Sampai je terus pegi emergency.. klinik dah tutup.. suhu mase tu 39.7.. tu pas dah bg ubat.. sebelum tu rasenye 40 lbh kot.. risau die kena tarik je.. doc kata dlm die terlalu panas sbb tu sampai menggigil.. rileks je doc tu.. biasa la bkn doc pakar kanak2.. die bukan tau sgt.. last2 kami decide check in lu kat situ.. gipun demam die pun x baik2.. pelikkkk... 😯 takut jadi apa2 lak kat umah.. so terus panggil doc Loi..

Pas cucuk jarum kat tgn, amik darah, check in la kami kat rejang hosp 3 hari 3 mlm.. guna medical card.. so x perlu risau pape bab bayaran.. insyallah insurans cover semuanya.. mlm tu setiap 3 jam adik kena ubat kat totttt.. setiap jam nurse akan cek suhu.. adik mmg tak selesa.. ngan sakit demam tu.. ngan jarum kat tgn asyik suh buka je... rimas kot.. apa leh buat.. mmg kena letak dik oii... antibiotik guna yg terus masuk ke badan.. tak pasti brp kali sehari.



Lama2 tu adik dah biasa cek suhu.. dah ok.. diam je bile nurse cek suhu.. suhu pun dah ok 36 lbh je.. ubat tot masuk 6 jam sekali lak.. hr sabtu doc bg tau tentang ujian darah.. seb baik bukan denggi.. adik kena jangkitan kuman di kerongkong... sgt tinggi bacaan tu.. tu punca die.. pas tu die asyik cirit je.. doc kata kuman dah keluar la tu.. oo ye ke.. susu x nak minum sgt.. mungkin sbb die kan masuk air.. so x lapar sgt kot..



Isnin petang discharge... alhamdulillah.. adik dah aktif sgt.. tp manja... 😊😊😊 still kena pantau takut demam dtg blk.. sbb kerongkong tu masih bengkak dan merah.. so.. pasni hati-hati lau anak demam.. kadang tu bukan demam biasa k.. tak rugi pun spend duit sikit pegi klinik demi anak2.. jgn menyesal kemudian hari sudah...






Taklimat Penyelarasan Penskoran Pt3 Matematik 2015

Assalamualaikum..

Hmmm.. hari kedua bertaklimat di sini.. lenguh naik tangga.. huhh... best bertaklimat santai2 ni.. dr kena pegi skolah.. rase stress sbb hari2 kena terkejar2 pegi skolah sbb kena sampai before 630.. before ok.. blk lak kena slow2 lps loceng bunyi.. huhhh.. semua pakat jd drifter... hehhe😁😁😁.. terpaksa k.. lau bawa cam siput alamatnya merah je la memanjang.. taklimat kat area bandar.. so dkt ngan umah.. start pun 830.. 740 baru gerak dr umah.. hehe.. harap2 hari ni pagi je.. n makanan tlg dtg awal ye.. bukan cam semlm.. semua pakat perut bunyi2.. huhh.. kasih amat.. 

Saturday, September 26, 2015

Jenguk jap...

Assalamualaikum...

        Hi... lama dah blog ni tak diusik... since ada 2nd baby... now she is 1y 9m old.. that means almost 1y++ blog ni terbiar... hukhuk... 😉 saja2 je masuk tgk cite2 lama.. hmmmm.. harus continue blk ke?... skang ni xde dah mase nk berhuhahuha okehhhhh... awal2 pagi pegi keje.. cukup time blk umah, then sambung keje kat umah lak.... sampai la anak2 tido baru bleh tido... time cuti weekend je masa ada byk sket... time tu je bleh relax pun... 😊😊😊 tp keje still bertimbun timbun... rase nk berenti keje pun ada... duk umah jaga anak je... huwaaaaa.. 😂😂😂😂tu lau boleh la... mmg x boleh la kan... kasih amat... k la nnt lau rajin, continue lg.. 😆