hi.. aku belum bersalin lg.. so still bleh berblogging..hehe..
just nak kongsi something..
if kita menyayangi seseorang, sayangi la dirinya sepenuh hati.. bukan hanya menyebutkan kata sayang di bibir, tapi membuktikan bahawa kita betul-betul sayang padanya.. ia terbukti bile die berasa yakin yg kita memang menyayanginya.. dan tak pernah terlintas dalam fikirannya ungkapan "betul ke die sayang aku???"..
if kita menyayangi seseorang, hargai la die seperti mana kita menghargai diri kita sendiri.. jangan sesekali mengambil kesempatan ke atas kebaikan dirinya.. maksudnya jangan menggunakan die untuk menyenangkan hidup kita atau mengibaratkan seperti die diperlukan ketika kita susah sahaja.. bile kita senang, kita lupa padanya sehingga mengabaikan tanggungjawab kita padanya..
if kita menyayangi seseorang, terima la segala kekurangan yg ada padanya.. jangan jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk kita mengabaikannya dan memainkan perasaannya.. setiap manusia ada kekurangannya.. tiada manusia yg sempurna.. kalau die boleh menerima kekurangan kita, kenapa kita tak boleh terima kekurangan die???
if kita menyayangi seseorang, jangan sesekali kita membandingkan die dengan 'X' a.k.a. bekas kekasih kita dulu-dulu.. tidak kira apa jua perbandingan.. sama ada sikap, perwatakan, bentuk fizikal dan lain-lain.. setiap manusia tidak akan ada yg sama dari apa-apa aspek pun.. terutama perwatakan seseorang.. jangan pernah mengatakan ungkapan "die tak macam awak".. tu seolah-olah kita nak die sama macam 'X' kita dulu.. die akan berasa yg die tak berapa baik atau pun tak layak dengan kita.. kita seharusnya menerima dirinya seadanya tanpa mempersoalkan apa-apa.. "kenapa awak macam nie??".. "kenapa sket-sket nak merajuk??"..
if kita menyayangi seseorang, jangan sesekali kita membandingkan die dengan 'X' a.k.a. bekas kekasih kita dulu-dulu.. tidak kira apa jua perbandingan.. sama ada sikap, perwatakan, bentuk fizikal dan lain-lain.. setiap manusia tidak akan ada yg sama dari apa-apa aspek pun.. terutama perwatakan seseorang.. jangan pernah mengatakan ungkapan "die tak macam awak".. tu seolah-olah kita nak die sama macam 'X' kita dulu.. die akan berasa yg die tak berapa baik atau pun tak layak dengan kita.. kita seharusnya menerima dirinya seadanya tanpa mempersoalkan apa-apa.. "kenapa awak macam nie??".. "kenapa sket-sket nak merajuk??"..
if kita menyayangi seseorang, hargai la segala pengorbanan die kepada kita selama nie.. ya.. kita juga ada berkorban untuknya.. tapi tidak salahkan kita sama-sama menghargainya.. susah senang sama-sama lalui.. suka duka sama-sama harungi.. jangan biarkan die terkapai-kapai tak bertali.. bukan untuk mengungkit tapi untuk mengingatkan kita bahawa die sanggup lakukan apa sahaja untuk kita..
if kita menyayangi seseorang, pastikan setiap saat bersamanya adalah saat yg paling manis dalam hidup kita.. walaupun kita berasa sunyi tapi jangan jadikan masa ketika ketiadaannya adalah masa untuk kita bebas.. bebas melakukan apa sahaja yg sebenarnya boleh menyakitkan hatinya.. walaupun pada kita, die tidak ketahuinya.. tapi suatu saat die pasti akan tahu juga.. Tuhan tu maha adil.. kalau die boleh jujur dengan kita.. kenapa kita tidak boleh berlaku jujur dengannya??? lupakan la yg dulu-dulu... kita sudah buka buku baru... so semestinya kita perlu jujur & setia padanya..
if kita menyayangi seseorang, sudah pasti die akan menjadi suami atau isteri kita.. so, jangan la sia-siakannya.. layan la die seistimewa yg boleh.. habeskan masa bersama dengannya.. jadikan setiap saat bersamanya adalah sangat-sangat berharga.. jangan abaikannya.. jangan sesekali melukakan hatinya.. biasa la hidup suami isteri.. kadang-kadang ada gak puting beliung yg hadir.. sedangkan lidah lg tergigit, inikan pula suami isteri.. kalau die merajuk, pujuk la die.. tak salah pun nak memujuk.. memujuk dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan die.. jangan sesekali mengucapkan ungkapan "aku dah bosan!!" pada die.. sekali kita ucap, ia akan tetap terngiang-ngiang di telinganya setiap masa & sampai bile-bile.. tu akan membuatkannya berasa kita tidak menyayanginya lagi.. die sudah tidak yakin pada kita.. kita akan membuatkannya berasa ragu dan akan timbul lg banyak masalah.. cuba la berterus-terang sekiranya ada pape.. bila hidup berumahtangga, tidak boleh ada rahsia antara kita.. perlu bawa berbincang.. kita perlu pegang "suami adalah hak isteri & isteri adalah hak suami".. tiada sape boleh pertikaikannya.. so, sama-sama la menjaga keharmonian rumahtangga.. agar kebahgiaan sentiasa mengiringi hidup kita..
~ HARGAILAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA ~