Tuesday, February 15, 2011

:: 33 weeks ::




       Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal kita lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya kita perlu mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
     Kita akan semakin merasakan gerak bayi kerana bayi mengisi hampir seluruh ruang rahim. Gerakan akan menjadi aktif suatu waktu yang biasa membuat kia merasa tak selesa, terutama ketika kakinya di bawah tulang rusuk. Pada minggu ini seluruh rambut bayi telah tumbuh.

No comments:

Post a Comment