Salam.. tadi terbaca artikel nie lam google.. saje nak share ngan korang.. leh guna lam hubungan ngan pasangan kita.. jom baca!!!
1. TIGA PERKATAAN AJAIB
Mudah je.. Hanya 3 perkataan mampu membuatkan pasangan kita rasa dihargai. I LOVE YOU.. jangan terlalu berkira untuk mengungkapkannya saban hari tanpa perlu menantikan si dia terlebih dulu mengucapkannya.
2. HAYATI HUBUNGAN
Meskipun hubungan itu telah lama, kita masih perlu menghargai dan menghayati hubungan itu seperti baru bermula.
3. JANGAN TERLALU ROMANTIS
Romantis memang perlu dalam perhubungan namun janganlah berlebih-lebih sehingga merimaskan pasangan kita. Bimbang nanti bila sudah lama-lama, romantis ke mana.. si dia ke mana.. Habis idea la katakan..
4. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
KomuNIkasi yg betul adalah satu aspek terpenting dalam perhubungan. Kenali dan fahami isi hati pasangan kita. Janganlah cuba melakukan apa yg tidak disukai pasangan.
5. PEKA DAN SENSITIF
Sensitif dan peka terhadap apa jua perubahan si dia. Mungkin si dia tidak meluahkannya dan mengharapkan keprihatinan kita. Selesaikan apa saja masalah bersama dan sentiasa ada disisinya bila diperlukan.
6. BIARKAN CABARAN DAN DUGAAN DATANG
Ada yg berkata, hubungan bertambah manis selepas berjaya melewati pelbagai dugaan dalam perhubungan. Itu akan membuatkan kita lebih mengenali pasangan. Janganlah cepat melatah dan jadikannya sebagai masalah besar.
No comments:
Post a Comment